Media: Kesatuan Eropah terima produk perikanan Malaysia mulai 15 Mei

Mei9
Disiarkan pada : 9 Mei 2009

KUCHING 8 Mei - Produk perikanan negara kembali ke pasaran Kesatuan Eropah (EU) apabila enam pusat pemprosesan hasil perikanan tempatan dibenarkan untuk mengeksport produk masing-masing ke negara kesatuan terbabit mulai 15 Mei ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, langkah kebenaran eksport produk perikanan tempatan ke EU itu adalah berikutan pematuhan syarikat terbabit kepada standard kesihatan makanan EU.

”Ini merupakan satu langkah permulaan bagi pengusaha-pengusaha lain untuk turut menerokai pasaran baru di EU,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, bermula 1 Jan 2010, EU akan memperkenalkan satu peraturan baru dalam bentuk Skim Persijilan Tangkapan bertujuan untuk semua eksport produk-produk perikanan ke Eropah diwajibkan menyertakan Sijil Tangkapan untuk tujuan pengesanan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kementerian dan pihak Suruhanjaya Eropah (EC) sedang bekerjasama untuk merangka program pembangunan bersepadu bagi meningkatkan taraf hidup dan pendapatan nelayan di negara ini.

Katanya, EC memperuntukkan EURO 1.5 juta hingga EURO 2.0 juta untuk membiayai program berkenaan.

”Sebagai langkah permulaan, satu bengkel bagi mewujudkan peluang kerjasama dengan EC dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani diadakan di Putrajaya semalam,” katanya.

Rohani berkata, EU turut melantik Malaysia menjadi tuan rumah dalam pelan dan tindakan wilayah kepada Bengkel Teknik Pemantauan Pelabuhan yang akan diadakan pada Jun tahun ini. - BERNAMA

- Petikan dari Utusan Malaysia Online (9 Mei 2009)

disiarkan di bawah Luar Negara, MOA, Media
One Comment to

“Media: Kesatuan Eropah terima produk perikanan Malaysia mulai 15 Mei”

  1. On Jun 27th, 2009 at 5:10 pm Cikgu Naim Says:

    Assalmualaikum Datuk,

    Syabas di ucapkan ,semoga lebih banyak projek projek dan usahasama dapat di adakan demi membangun kan lagi industri pertanian negara ini.

Email tidak akan disiarkan

Contoh Laman Web

Komen Anda:

|

Êèíî, Ôèëüìû Maps Maps Maps Maps Maps Maps Maps Maps Maps Maps Maps Maps Maps Maps Maps Maps Maps Maps Maps Maps Maps Maps Maps Maps Maps Maps Maps Maps Maps